Tuesday, 2 August 2011

KBS Berjaya Menduduki Tangga Ketiga Pemantauan Telefon



PUTRAJAYA, 2 Ogos 2011: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya menduduki tangga ketiga dari 25 Kementerian yang dipilih dalam ujian panggilan telefon ke atas talian am Kementerian oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) selama tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 22 Julai lalu.


KBS melalui nombornya, 03-88713333 berjaya mengumpul sebanyak tiga saat bagi panggilan pertama, empat saat bagi panggilan kedua dan ketiga dengan mencapai purata 3.67 saat.


Tempat pertama menjadi milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan mengumpul purata 2.67 saat manakala  tempat kedua Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan purata 3.00 saat.


Laporan pemantauan telefon ini dibuat berasaskan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA 1/2008) – Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Setiap panggilan dibuat bagi memastikan respon telefon am di semua Kementerian dijawab dalam masa 10 saat.


BPA juga menetapkan bahawa ujian panggilan yang dibuat bertujuan memantau respon telefon am / hotline / bebas tol / agensi  kementerian dalam  masa 10 saat.


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BPA menyatakan bahawa masa pemantauan dilakukan pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.


Pihak KBS akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pelanggan khususnya melalui panggilan telefon agar sentiasa mengaplikasikan prinsip ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

No comments:

Post a Comment