Sunday, 10 July 2011

Perkukuhkan Semangat Patriotisme



SUNGAI UDANG, 10 Julai 2011: Generasi muda hari ini perlu memperkukuhkan semangat patriotisme bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman anasir luar yang cuba menganggu-gugat keamanan dan ketenteraman negara ini.

Sikap yang terlalu aggresif dan tidak menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini akan menyebabkan pihak-pihak luar mudah mempengaruhi serta mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan di dalam negara ini.

Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , Wan Ramli Wan Daud berkata, generasi muda hari ini perlu ada jati diri dan sedia untuk mempertahankan negara dari ancaman pihak-pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekacauan atau huru hara sehinggakan mendatangkan kerugian kepada banyak pihak. Katanya, perhimpunan haram yang diadakan di Ibu kota  baru–baru ini tidak memberi apa–apa keuntungan malah ia di lihat menyusahkan orang lain.

“Generasi muda hari ini juga perlu mempunyai jati diri yang tinggi dan sedia mempertahankan negara dari apa juga ancaman,” ujarnya ketika merasmikan Kursus Skuad Muda RELA di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka dekat sini.

Seramai 163 belia dari Negeri Sembilan berjaya menamatkan kursus tujuh hari yang menekankan aspek ketahanan jasmani dan rohani di samping mempertingkatkan kerjasama berpasukan dan patriotisme.

Hadir sama, Komandan Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Alias Md Jali, Perngarah-pengarah RELA Negeri Zon Selatan dan pegawai-pegawai KBS.


No comments:

Post a Comment