Friday, 1 July 2011

KBS dipilih sebagai sumber kajian kes Kursus Advance Leadership



Putrajaya, 1 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dipilih untuk menjadi  lokasi lawatan sambil belajar  Kursus Advance Leadership dari INTAN.  Seramai 12 orang peserta kursus telah turut serta dalam lawatan tersebut.

Sesi perkongsian ilmu itu telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sesi tersebut telah dimulakan dengan taklimat ringkat berkaitan KBS oleh Unit Komunikasi Korporat dan disusuli dengan sesi perkenalan seterusnya sesi percambahan ilmu serta dialog ringkas antara peserta kursus dengan Y.Bhg Dato’ Jamil  Salleh berkaitan Kementerian Belia dan Sukan khususnya Sambutan Himpunan Sejuta Belia 2011  yang lalu.

Sesi perkongsian ilmu itu diteruskan dengan  pengkhususan berkaitan Jabatan Belia dan Sukan Negara yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Zaidon b. Haji Asmuni, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS.

Lawatan sambil Belajar dalam Kursus Advance Leadership tersebut merupakan salah satu  modul dalam melayakkan peserta-peserta untuk dinaikkan pangkat kepada JUSA. Kementerian Belia dan Sukan mengucapkan selamat  maju jaya kepada para peserta kursus tersebut.

No comments:

Post a Comment