Saturday, 9 July 2011

Program Pusat Penilaian Belia Dan Sukan: Proses Melahirkan Pegawai Yang Berkaliber


KOTA SAMARAHAN, 9 Julai 2011 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan Program Pusat Penilaian Belia dan Sukan Tahun 2011 selama sehari bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dekat sini baru-baru lalu.


Program Pusat Penilaian yang dilaksanakan setiap tahun bertujuan untuk mencari calon-calon yang berkaliber dan bersahsiah tinggi untuk diserapkan sebagai Pegawai Belia dan Sukan  Gred S41.


Di antara objektif lain program ini ialah untuk mencari dan menilai calon-calon berdasarkan satu kaedah sistematik dan telus dalam pengambilan ke Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan. Selain itu, program yang dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah untuk memastikan hanya calon terbaik yang memenuhi kompetensi ditetapkan sahaja akan terpilih ke sesi temuduga seterusnya.


Semua 19 calon dari negeri Sarawak yang  menghadiri Program Assessment Centre (PAC)  di zon ini telah menonjolkan kebolehan yang cemerlang terutama dalam aspek softskills serta membahaskan idea-idea yang matang dalam setiap ujian yang diberikan.


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan terus menjalankan PAC di lima zon yang ditetapkan iaitu  di  Zon Timur, Zon Tengah, KPSL Zon Selatan dan Zon Utara.

No comments:

Post a Comment