6 Julai, Putrajaya – “Bekerja di agensi awam khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat menyeronokkan. Pelajar berpeluang untuk terlibat dalam pelbagai program belia dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa” kata Y.Bhg Datuk Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS semasa Majlis penyampaian Sijil penempatan Program Sangkutan pelajar IPT Luar Negara di KBS hari ini.
KBS merupakan kementerian perintis bagi melaksanakan program ini sebelum diperluaskan ke kementerian lain dan juga GLC. Seramai 18 Pelajar Malaysia di United Kingdom terlibat dalam program ini yang bermula 4 Julai hingga 26 Ogos 2011.
Para pelajar akan ditempatkan di bahagian-bahagian serta agensi di bawah KBS, di bawah seliaan Pegawai gred 48 ke atas yang dikenali sebagai Penyelia Pelatih. Setiap pelatih dikehendaki menyediakan kertas cadangan mengenai penambahbaikan agensi di mana mereka ditempatkan.
Semasa Majlis Penyampaian Sijil Penempatan, pelatih telah diperkenalkan kepada Y.Bhg Datuk Jamil Salleh serta Penyelia Pelatih masing-masing yang telah disenaraikan. Sesi orientasi telah pun bermula pada 4 dan 5 Julai yang lalu iaitu lawatan sambil belajar ke agensi-agensi di bawah KBS.
Program ini adalah kerjasama Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Sumber Manusia dan Pembangunan Rakan Muda. Kementerian Belia dan Sukan mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada semua pelajar IPT Luar Negara yang terlibat dalam program perintis ini.
No comments:
Post a Comment