PUTRAJAYA, 6 Julai 2011–Warga Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) mempunyai tempoh kira-kira tiga bulan untuk membolehken kementerian ini memperoleh Pensijilan Amalan Berkualiti S5 sebagaimana yang ditegaskan Timbalan Ketua Setiausaha ( Antarabangsa dan Pengurusan ) Datuk Jamil Salleh ketika mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan Amalan Berkualiti 5S di sini.
Katanya, warga KBS tidak ada alasan lagi untuk mlengah-lengah atau enggan mengambil bahagian kerana ia melibatkan semua pihak dan meliputi semua bahagian.
“ Kita meletakkan sasaran tiga bulan selepas tarikh pelancarannya yang akan dibuat dalam masa terdekat dan kita tidak ada alasan lagi untuk tidak berusaha bagi mencapai pensijilan ini. Kita juga tidak harus lagi membuang masa sebaliknya semua orang perlu serius dan memberikan kerjasama sepenuhnya ,” ujarnya.
Pada mesyuarat ini juga, semua Setiausaha Bahagian bersetuju dengan pemilihan “ 5S Transformasi Kecermelangan” sebagai slogan Amalan 5S di kementerian ini.
Jawatankuasa Kecil Latihan dan Promosi akan mengadakan taklimat ke semua bahagian secara berperingkat-peringkat bagi membolehkan warga KBS memahami kaedah pelaksanaannya.
Pada mesyuarat ini, semua Setiausaha Bahagian di lantik sebagai fasilitator manakala ketua-ketua zon akan ditentukan oleh ketua masing-masing.
No comments:
Post a Comment