PUTRAJAYA, 26 Julai 2011 : Sukarelawan yang terpilih dalam program My Corps berpeluang untuk berbakti bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara. Ini akan memberi pendedahan kepada sukarelawan tersebut dan secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke merata dunia dalam bidang kesukarelaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semasa berucap sempena Taklimat Khas Jawatankuasa Teknikal My Corps semalam.
Antara fungsi Jawatankuasa Teknikal My Corps adalah merancang dan membangunkan modul Program My Corps, merancang dan melaksanakan Program MyCorps di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, ia melaporkan kepada ahli Majlis Penasihat My Corps berkenaan program yang dirangka serta program yang dilaksanakan. Jawatankuasa ini juga memantau perjalanan program agar selaras dengan matlamat Inisiatif Maklmal Transformasi Belia.
Mycorps adalah salah satu Inisiatif melalui Makmal Transformasi Belia ke arah menjana modal sosial melalui penyediaan tenaga sukarelawan yang bertindak sebagai ‘role model’ dan tenaga elit kesukarelaan bagi mendorong semangat sukarela di kalangan generasi Y berumur 21 – 30 tahun.
Pengarah Eksekutif Malaysian Relief Agency (MRA), Mohd Shahrulazilan b. Said telah membentangkan berkaitan Skop Latihan dan Pembangunan My Corps kepada Menteri Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Kanan KBS.
Turut dibentangkan dalam sesi taklimat ini adalah Pengenalan Laman Sesawang Sukarelawan I-Volunteer dan promosi My Corps oleh Koordinator I-Volunteer, Afiah Hafiz.
KBS turut mengambil kesempatan untuk mengiktiraf NGO yang terlibat dalam Program Mycorps yang bertindak sebagai Rakan Pelaksana My Corps yang berperanan dalam menyumbang input-input dan pengalaman mereka dalam membangunkan sekarelawan di Malaysia. NGO yang terlibat adalah Malaysia Relief Agency, Global Piece Mission Malaysia dan Yayasan Salam Malaysia.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian belia dan Sukan, Dato’ Mohid Mohamed.
No comments:
Post a Comment