Pertandingan yang berlansung itu disertai oleh pelajar Tingkatan 5 SMK Cheras yang dibahagikan kepada 4 buah kumpulan. Menurut guru penasihat mereka, pertandingan ini adalah untuk mewakili sekolah mereka dan dipertandingkan di antara sekolah-sekolah di sekitar kawasan Bandar Tun Razak yang mengambil bahagian. Menurutnya lagi, blog yang memenangi pertandingan ini akan dijadikan sebagai blog rasmi Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bandar Tun Razak/Cheras.
SELAMAT DATANG
Tuesday, 11 October 2011
Persediaan Program Y Blog di SMK Cheras
11 Oktober 2011-Para pelajar SMK Cheras yang mengambil bahagian di dalam pertandingan Y Blog di kawasan Bandar Tun Razak sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan blog mereka yang bertempat di Makmal Komputer SMK Cheras. Tema untuk pertandingan ini adalah "Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bandar Tun Razak/Cheras".
Tuesday, 2 August 2011
KBS Berjaya Menduduki Tangga Ketiga Pemantauan Telefon
PUTRAJAYA, 2 Ogos 2011: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya menduduki tangga ketiga dari 25 Kementerian yang dipilih dalam ujian panggilan telefon ke atas talian am Kementerian oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) selama tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 22 Julai lalu.
KBS melalui nombornya, 03-88713333 berjaya mengumpul sebanyak tiga saat bagi panggilan pertama, empat saat bagi panggilan kedua dan ketiga dengan mencapai purata 3.67 saat.
KBS melalui nombornya, 03-88713333 berjaya mengumpul sebanyak tiga saat bagi panggilan pertama, empat saat bagi panggilan kedua dan ketiga dengan mencapai purata 3.67 saat.
Tempat pertama menjadi milik Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan mengumpul purata 2.67 saat manakala tempat kedua Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan purata 3.00 saat.
Laporan pemantauan telefon ini dibuat berasaskan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA 1/2008) – Panduan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Setiap panggilan dibuat bagi memastikan respon telefon am di semua Kementerian dijawab dalam masa 10 saat.
BPA juga menetapkan bahawa ujian panggilan yang dibuat bertujuan memantau respon telefon am / hotline / bebas tol / agensi kementerian dalam masa 10 saat.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BPA menyatakan bahawa masa pemantauan dilakukan pada jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.
Pihak KBS akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pelanggan khususnya melalui panggilan telefon agar sentiasa mengaplikasikan prinsip ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Piala Monsun Terus Catat Keuntungan
PUTRAJAYA, 2 Ogos 2011: Pertandingan Kapal Layar Piala Monsun yang bakal memasuki edisi ketujuh di Pulau Duyung, Terengganu pada 22 hingga 27 November depan masih mencatatkan keuntungan dengan pulangan atas pelaburan (ROI) sebanyak RM834 juta pada tahun lalu.
Pulangan ROI tersebut adalah 31 kali ganda daripada jumlah pelaburan sebanyak RM27 juta pada tahun lalu berdasarkan laporan penilaian yang disediakan oleh Brand Advantage dan Pusat Teknologi MSC Sdn.Bhd. yang telah siap membuat analisis baru-baru ini.
Daripada jumlah tersebut, RM20 juta merupakan dana disalurkan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) manakala bakinya pelaburan disumbangkan oleh syarikat korporat dan swasta seperti Telekom Malaysia, Fire-Fly, Ri Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Permanis Sandilands, Validram Group dan GBA Global Corporation.
Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyarankan supaya pihak penganjur iaitu T-Best Event Sdn. Bhd. berusaha mencari penaja bagi menampung kos penganjuran dan tidak bergantung selama-lamanya kepada peruntukan kerajaan.
“Syarikat korporat dan swasta mesti merebut peluang menaja Piala Monsun kerana ia amat menguntungkan dan kerajaan boleh menggunakan peruntukan sedia ada bagi menjalankan tugas besar KBS antaranya membangunkan atlit sama ada dalam sukan pelayaran mahupun bidang sukan lain,“ katanya pada sidang media selepas mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pulangan pelaburan (ROI) Piala Monsun 2010 di Putrajaya.
Tambah beliau lagi, media antarabangsa banyak memberi liputan Piala Monsun dan sudah tentu ia memberi promosi meluas kepada penaja menerusi penyiaran.
Pada majlis yang sama, turut disampaikan Anugerah Acara Keseluruhan Terbaik buat tahun ketiga berturut-turut selain memenangi dua anugerah baru iaitu Anugerah Operasi Media Terbaik dan Anugerah Jawatankuasa Perlumbaan sempena penganjuran Piala Monsun tahun lalu.
Turut sama hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu, Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed, Pengerusi Piala Monsun, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Penasihat Piala Monsun, Dato’ Peter Gilmour.
Friday, 29 July 2011
Meriahnya Program Rakan Muda Ramadhan
KEMAMAN, 29 Julai 2011: Setiap kali menjelang Ramadhan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak melepaskan peluang mengadakan program bagi menyambut bulan yang mulia ini. Kampung Dadong, Kemaman, Terengganu telah dipilih sebagai lokasi untuk melaksanakan Program Rakan Muda Ramadhan 1432H/2011. Kira-kira 1,500 orang penduduk sekitar Kemaman telah turut serta dalam program tersebut.
Antara objektif program Rakan Muda Ramadhan ini adalah untuk melahirkan remaja yang berpegang kepada konsep wasatiyyah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan. Selain itu ianya juga dapat memperkuatkan gagasan ibadah pada bulan Ramadhan dengan pendekatan realistik bagi golongan remaja khususnya.
Antara pengisian program adalah Pertandingan Nasyid Remaja yang begitu mendapat sambutan. Selain itu, seramai 600 orang remaja terdiri daripada pelajar sekolah dan penduduk sekitar Kemaman terlibat dalam Program Tadarus Remaja dan Bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh pelajar dari Institut Pengajian Islam Terengganu (INSPI).
Program ini telah dimeriahkan lagi dengan penampilan khas Imam Muda Nazrul iaitu finalis Imam Muda Musim ke-2. Beliau mengambil peluang ini untuk sama-sama bersantai dan bertukar-tukar pandangan dengan para remaja yang hadir.
Remaja yang terlibat dalam program ini adalah pelajar-pelajar sekolah dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sekitar Kemaman, pelatih-pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, sukarelawan i-volunteer serta ahli persatuan belia sekitar Kemaman.
Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran program tersebut dan menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan kepada keluarga-keluarga miskin di kawasan tersebut. Beliau juga sempat beramah mesra dengan penduduk-penduduk kampung Dadong khususnya para remaja dan belia.
Tuesday, 26 July 2011
My Corps Beri Peluang Sukarelawan Berbakti Secara Holistik
PUTRAJAYA, 26 Julai 2011 : Sukarelawan yang terpilih dalam program My Corps berpeluang untuk berbakti bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara. Ini akan memberi pendedahan kepada sukarelawan tersebut dan secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke merata dunia dalam bidang kesukarelaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semasa berucap sempena Taklimat Khas Jawatankuasa Teknikal My Corps semalam.
Antara fungsi Jawatankuasa Teknikal My Corps adalah merancang dan membangunkan modul Program My Corps, merancang dan melaksanakan Program MyCorps di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, ia melaporkan kepada ahli Majlis Penasihat My Corps berkenaan program yang dirangka serta program yang dilaksanakan. Jawatankuasa ini juga memantau perjalanan program agar selaras dengan matlamat Inisiatif Maklmal Transformasi Belia.
Mycorps adalah salah satu Inisiatif melalui Makmal Transformasi Belia ke arah menjana modal sosial melalui penyediaan tenaga sukarelawan yang bertindak sebagai ‘role model’ dan tenaga elit kesukarelaan bagi mendorong semangat sukarela di kalangan generasi Y berumur 21 – 30 tahun.
Pengarah Eksekutif Malaysian Relief Agency (MRA), Mohd Shahrulazilan b. Said telah membentangkan berkaitan Skop Latihan dan Pembangunan My Corps kepada Menteri Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Kanan KBS.
Turut dibentangkan dalam sesi taklimat ini adalah Pengenalan Laman Sesawang Sukarelawan I-Volunteer dan promosi My Corps oleh Koordinator I-Volunteer, Afiah Hafiz.
KBS turut mengambil kesempatan untuk mengiktiraf NGO yang terlibat dalam Program Mycorps yang bertindak sebagai Rakan Pelaksana My Corps yang berperanan dalam menyumbang input-input dan pengalaman mereka dalam membangunkan sekarelawan di Malaysia. NGO yang terlibat adalah Malaysia Relief Agency, Global Piece Mission Malaysia dan Yayasan Salam Malaysia.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian belia dan Sukan, Dato’ Mohid Mohamed.
Tuesday, 19 July 2011
World Freestyle Championship Tour, Kuala Lumpur 2011
SUBANG JAYA, 19 July 2011 : ’ The World Freestyle Football Championship (WFFC) Tour, Kuala Lumpur 2011 ’ hosted by Malaysia will take place at the Sunway Pyramid Shopping Centre from the 17 until 18 September this year and will be broadcasted live on Astro Arena was officially launched by the Youth and Sports Minister, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek in a grand ceremony at the Taylor’s Lakeside Campus today.
Freestyle football has been described as ‘the art of expressing yourself with a football’ where players perform various tricks using a football and any part of the body. While it is believed to have been around for many years, the sport surged in popularity after it was featured in a number af global advertising campaigns, such as the ‘Joga Bonito ’ campaign by Nike that featured Ronaldinho, Christiano Ronaldo and Edgar Davids.
WFFC is organized by the Freestyle Football Federation (F3), a world wide body for freestyle football, together with the Asian Freestyle Football Federation (AF3). The WFFC Tour is further supported by the Malaysian Ministry of Youth and Sports, through sponsorship of the event as part of their initiative to boost the appeal of sports to the Malaysian youth and promote the country as a world class sporting event destination.
“ We are very pleased to be kicking off this world tour in Malaysia and having the support of the government is fantastic. In a nation full of football fanatics, and also the country from which the game of sepak takraw originates, I am sure freestyle football will generate massive interest amongst Malaysians. The chance to watch so many world champions perform all of their best tricks will be something truly memorable for the fans,” said president of F3, Daniel Wood.
“ The WFFC Tour will be a real treat for football fans, but we would also like to involve Malaysians. Therefore, we will also be organizing the Malaysian Freestyle Football Championship,” said AF3 President, Stuart Ramalingam.
The Malaysian Freestyle Football Championship will interestingly have an online element which will be included where contestants will be able to send in videos of their best move in which the best 16 will be shortlisted for the finals.
The Minister of Youth and Sports, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek said “ The World Freestyle Football Championships is a key initiative spearheaded by the Ministry of Youth and Sports to fuel interest and commercial investments into the Malaysian Sports Industry. It is a unique event. it is a world class event. It brings together people from all over the globe and it is a new event held for the very first time in our wonderful country. Overall it will draw the world’s attention to Malaysia as a country with great passion for freestyle football and also allows the world to take notice of Malaysia as the ideal venue for world class sporting events.”
This year’s WFFC Tour launch is a prelude to full blown series of performances that will see the top 16 freestyle footballers in the world tour of 10 cities each year.
Monday, 18 July 2011
500 Acara Bakal Meriahkan Hari Belia Negara 2012
NILAI, 18 Julai 2011- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan sebanyak 500 aktiviti selama seminggu yang bakal dilaksanakan pada 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) berbanding 203 aktiviti pada tahun ini bagi merancakkan lagi sambutan dan menarik lebih banyak penyertaan terutama dari kalangan golongan belia ke sambutan tersebut.
Bagi menjadikan sambutan HBN 2012 lebih lebih menarik, KBS mengadakan bengkel selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Julai ini untuk mengkaji dan menilai laporan bedah siasat HBN 2011 yang bertemakan Himpunan Sejuta Belia pada 27 hingga 29 Mei lalu.
Beberapa aktiviti lama diganti dengan acara baharu sekali gus menjadikan platform hari belia lebih segar dengan mengembangkan acuan pengisian aktiviti. “ Kita tidak mahu acuan lama terus digunakan sebaliknya kita akan memperkenalkan sesuatu lebih menarik dan baharu,” kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ketika merasmikan Bengkel Kerangka Kerja Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.
Tambah beliau, HBN 2012 akan meneruskan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ianya menonjolkan satu perhimpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat.
Beliau juga turut mengingatkan warga Kementerian agar mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru dalam melaksanakan sesuatu perkara sehingga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.
“Tidak hanya fokus kepada sambutan daripada masyarakat tempatan, KBS turut bercadang untuk menyediakan aktiviti HBN 2012 sebagai acara antarabangsa yang mampu menarik masyarakat luar negara untuk berkunjung ke Putrajaya, “ ujarnya..
Bagi mencapai hasrat tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan Kementerian Pelancongan telahpun bersetuju untuk memasukkan HBN 2012 dalam kalendar pelancongan bagi menggalakkan pelancong luar negara merasai kemeriahan acara sambutan luar biasa golongan belia Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)