Friday, 29 July 2011

Meriahnya Program Rakan Muda Ramadhan



KEMAMAN, 29 Julai 2011: Setiap kali menjelang Ramadhan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak melepaskan peluang mengadakan  program bagi menyambut  bulan yang mulia ini. Kampung Dadong, Kemaman, Terengganu telah dipilih sebagai lokasi untuk melaksanakan Program Rakan Muda Ramadhan 1432H/2011. Kira-kira  1,500 orang penduduk sekitar Kemaman   telah turut serta dalam program tersebut.

 Antara objektif program Rakan Muda Ramadhan ini  adalah untuk melahirkan remaja yang berpegang kepada konsep wasatiyyah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan. Selain itu ianya juga dapat  memperkuatkan gagasan ibadah pada bulan Ramadhan dengan pendekatan realistik bagi golongan remaja khususnya.  

 Antara pengisian program  adalah Pertandingan Nasyid Remaja yang begitu mendapat sambutan. Selain itu, seramai 600 orang remaja terdiri daripada pelajar sekolah dan penduduk sekitar Kemaman terlibat dalam Program Tadarus Remaja dan Bacaan Surah Yasin yang diketuai oleh pelajar dari Institut Pengajian Islam Terengganu (INSPI).

 Program ini telah dimeriahkan lagi dengan penampilan khas Imam Muda Nazrul iaitu finalis Imam Muda Musim ke-2. Beliau mengambil peluang  ini untuk sama-sama  bersantai dan bertukar-tukar pandangan dengan para remaja yang hadir.

 Remaja yang terlibat dalam program ini adalah pelajar-pelajar sekolah dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sekitar Kemaman, pelatih-pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, sukarelawan i-volunteer serta ahli persatuan belia sekitar Kemaman.

 Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran program tersebut dan menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan  kepada keluarga-keluarga miskin di kawasan tersebut. Beliau juga sempat beramah mesra dengan  penduduk-penduduk kampung Dadong khususnya para remaja dan belia.

Tuesday, 26 July 2011

My Corps Beri Peluang Sukarelawan Berbakti Secara Holistik



PUTRAJAYA, 26 Julai 2011 : Sukarelawan yang terpilih dalam program My Corps berpeluang untuk berbakti bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara. Ini akan memberi pendedahan kepada sukarelawan tersebut dan secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke merata dunia dalam bidang kesukarelaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semasa berucap sempena Taklimat Khas Jawatankuasa Teknikal My Corps semalam.


Antara fungsi Jawatankuasa Teknikal My Corps adalah merancang dan membangunkan modul Program My Corps, merancang dan melaksanakan Program MyCorps di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, ia melaporkan kepada ahli Majlis Penasihat My Corps berkenaan program yang dirangka serta program yang dilaksanakan. Jawatankuasa ini juga memantau perjalanan program agar selaras dengan matlamat Inisiatif Maklmal Transformasi Belia.


Mycorps adalah salah satu Inisiatif melalui Makmal Transformasi Belia ke arah menjana modal sosial melalui penyediaan tenaga sukarelawan yang bertindak sebagai ‘role model’ dan tenaga elit kesukarelaan bagi mendorong semangat sukarela di kalangan generasi Y berumur 21 – 30 tahun.


Pengarah Eksekutif Malaysian Relief Agency (MRA), Mohd Shahrulazilan b. Said telah membentangkan berkaitan Skop Latihan dan Pembangunan My Corps kepada Menteri Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Kanan KBS.


Turut dibentangkan dalam sesi taklimat ini adalah Pengenalan Laman Sesawang Sukarelawan I-Volunteer dan promosi My Corps oleh Koordinator I-Volunteer, Afiah Hafiz.


KBS turut mengambil kesempatan untuk mengiktiraf NGO yang terlibat dalam Program Mycorps yang bertindak sebagai Rakan Pelaksana My Corps yang berperanan dalam menyumbang input-input dan pengalaman mereka dalam membangunkan sekarelawan di Malaysia. NGO yang terlibat adalah Malaysia Relief Agency, Global Piece Mission Malaysia dan Yayasan Salam Malaysia.


Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian belia dan Sukan, Dato’ Mohid Mohamed.

Tuesday, 19 July 2011

World Freestyle Championship Tour, Kuala Lumpur 2011


SUBANG JAYA, 19 July 2011 : ’ The World Freestyle Football Championship (WFFC) Tour, Kuala Lumpur 2011 ’ hosted by Malaysia will take place at the Sunway Pyramid Shopping Centre from the 17 until 18 September this year and will be broadcasted live on Astro Arena was officially launched by the Youth and Sports Minister, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek in a grand ceremony at the Taylor’s Lakeside Campus today.

Freestyle football has been described as ‘the art of expressing yourself with a football’ where players perform various tricks using a football and any part of the body. While it is believed to have been around for many years, the sport surged in popularity after it was featured in a number af global advertising campaigns, such as the ‘Joga Bonito ’ campaign by Nike that featured Ronaldinho, Christiano Ronaldo and Edgar Davids.
WFFC is organized by the Freestyle Football Federation (F3), a world wide body for freestyle football, together with the Asian Freestyle Football Federation (AF3). The WFFC Tour is further supported by the Malaysian Ministry of Youth and Sports, through sponsorship of the event as part of their initiative to boost the appeal of sports to the Malaysian youth and promote the country as a world class sporting event destination.

“ We are very pleased to be kicking off this world tour in Malaysia and having the support of the government is fantastic. In a nation full of football fanatics, and also the country from which the game of sepak takraw originates, I am sure freestyle football will generate massive interest amongst Malaysians. The chance to watch so many world champions perform all of their best tricks will be something truly memorable for the fans,” said president of F3, Daniel Wood.

“ The WFFC Tour will be a real treat for football fans, but we would also like to involve Malaysians. Therefore, we will also be organizing the Malaysian Freestyle Football Championship,” said AF3 President, Stuart Ramalingam.

The Malaysian Freestyle Football Championship will interestingly have an online element which will be included where contestants will be able to send in videos of their best move in which the best 16 will be shortlisted for the finals.

The Minister of Youth and Sports, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek said “ The World Freestyle Football Championships is a key initiative spearheaded by the Ministry of Youth and Sports to fuel interest and commercial investments into the Malaysian Sports Industry. It is a unique event. it is a world class event. It brings together people from all over the globe and it is a new event held for the very first time in our wonderful country. Overall it will draw the world’s attention to Malaysia as a country with great passion for freestyle football and also allows the world to take notice of Malaysia as the ideal venue for world class sporting events.”

This year’s WFFC Tour launch is a prelude to full blown series of performances that will see the top 16 freestyle footballers in the world tour of 10 cities each year.


Monday, 18 July 2011

500 Acara Bakal Meriahkan Hari Belia Negara 2012



NILAI, 18 Julai 2011- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan sebanyak 500 aktiviti selama seminggu yang bakal dilaksanakan pada 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) berbanding 203 aktiviti pada tahun ini bagi merancakkan lagi sambutan dan menarik lebih banyak penyertaan terutama dari kalangan golongan belia ke sambutan tersebut.

Bagi menjadikan sambutan HBN 2012 lebih lebih menarik, KBS mengadakan bengkel selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Julai ini untuk mengkaji dan menilai laporan bedah siasat HBN 2011 yang bertemakan Himpunan Sejuta Belia pada 27 hingga 29 Mei lalu.

Beberapa aktiviti lama diganti dengan acara baharu sekali gus menjadikan platform hari belia lebih segar dengan mengembangkan acuan pengisian aktiviti. “ Kita tidak mahu acuan lama terus digunakan sebaliknya kita akan memperkenalkan sesuatu lebih menarik dan baharu,” kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek ketika merasmikan Bengkel Kerangka Kerja Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.

Tambah beliau, HBN 2012 akan meneruskan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ianya menonjolkan satu perhimpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat.

Beliau juga turut mengingatkan warga Kementerian agar mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru dalam melaksanakan sesuatu perkara sehingga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

“Tidak hanya fokus kepada sambutan daripada masyarakat tempatan, KBS turut bercadang untuk menyediakan aktiviti HBN 2012 sebagai acara antarabangsa yang mampu menarik masyarakat luar negara untuk berkunjung ke Putrajaya, “ ujarnya..

Bagi mencapai hasrat tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan Kementerian Pelancongan telahpun bersetuju untuk memasukkan HBN 2012 dalam kalendar pelancongan bagi menggalakkan pelancong luar negara merasai kemeriahan acara sambutan luar biasa golongan belia Malaysia.


Sunday, 10 July 2011

Perkukuhkan Semangat Patriotisme



SUNGAI UDANG, 10 Julai 2011: Generasi muda hari ini perlu memperkukuhkan semangat patriotisme bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman anasir luar yang cuba menganggu-gugat keamanan dan ketenteraman negara ini.

Sikap yang terlalu aggresif dan tidak menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini akan menyebabkan pihak-pihak luar mudah mempengaruhi serta mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan di dalam negara ini.

Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , Wan Ramli Wan Daud berkata, generasi muda hari ini perlu ada jati diri dan sedia untuk mempertahankan negara dari ancaman pihak-pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekacauan atau huru hara sehinggakan mendatangkan kerugian kepada banyak pihak. Katanya, perhimpunan haram yang diadakan di Ibu kota  baru–baru ini tidak memberi apa–apa keuntungan malah ia di lihat menyusahkan orang lain.

“Generasi muda hari ini juga perlu mempunyai jati diri yang tinggi dan sedia mempertahankan negara dari apa juga ancaman,” ujarnya ketika merasmikan Kursus Skuad Muda RELA di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka dekat sini.

Seramai 163 belia dari Negeri Sembilan berjaya menamatkan kursus tujuh hari yang menekankan aspek ketahanan jasmani dan rohani di samping mempertingkatkan kerjasama berpasukan dan patriotisme.

Hadir sama, Komandan Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Alias Md Jali, Perngarah-pengarah RELA Negeri Zon Selatan dan pegawai-pegawai KBS.


Saturday, 9 July 2011

Program Pusat Penilaian Belia Dan Sukan: Proses Melahirkan Pegawai Yang Berkaliber


KOTA SAMARAHAN, 9 Julai 2011 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan Program Pusat Penilaian Belia dan Sukan Tahun 2011 selama sehari bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dekat sini baru-baru lalu.


Program Pusat Penilaian yang dilaksanakan setiap tahun bertujuan untuk mencari calon-calon yang berkaliber dan bersahsiah tinggi untuk diserapkan sebagai Pegawai Belia dan Sukan  Gred S41.


Di antara objektif lain program ini ialah untuk mencari dan menilai calon-calon berdasarkan satu kaedah sistematik dan telus dalam pengambilan ke Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan. Selain itu, program yang dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah untuk memastikan hanya calon terbaik yang memenuhi kompetensi ditetapkan sahaja akan terpilih ke sesi temuduga seterusnya.


Semua 19 calon dari negeri Sarawak yang  menghadiri Program Assessment Centre (PAC)  di zon ini telah menonjolkan kebolehan yang cemerlang terutama dalam aspek softskills serta membahaskan idea-idea yang matang dalam setiap ujian yang diberikan.


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan terus menjalankan PAC di lima zon yang ditetapkan iaitu  di  Zon Timur, Zon Tengah, KPSL Zon Selatan dan Zon Utara.

Thursday, 7 July 2011

Penjelajahan Warga OKU ke Gunung Pinnacles




SARAWAK, 7 Julai 2011: Cawangan Pembangunan Sukan Minoriti, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Cabaran Orang Kurang Upaya (OKU) Taman Negara Mulu 2011 peringkat Kebangsaan bertempat di Taman Negara Mulu, Sarawak.

Program  lima  hari  yang bermula pada 2 hingga 6 Julai 2011 lalu  menjadi satu lagi produk di bawah Cabaran 1 Belia 1 Malaysia’serta menjadi medan untuk memperkenalkan satu lagi jenis sukan dan rekreasi yang amat mencabar fizikal dan mental kepada golongan OKU. Program cabaran ini telah disertai oleh sembilan orang dari Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia, enam peserta mewakili Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia, 15 orang pegawai pengiring dan dua orang pegawai pengurus.

Sepanjang ekspedisi ini, peserta terpaksa mengharungi pelbagai halangan serta cabaran. Di antara cabaran yang dihadapi adalah berjalan di dalam hutan tebal sejauh sembilan kilometer dari Kuala Litut menuju ke Camp 5 serta pendakian ke Gunung Pinnacles sejauh 2.4 kilometer.

Pendakian ke Gunung Pinnacles tidak dapat diteruskan kerana hujan turun pada separuh pendakian. Atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan dan juga risiko keselamatan, para peserta tidak dibenarkan untuk meneruskan pendakian gunung tersebut. Peserta kemudiannya  di bawa melawat ke gua-gua di Mulu bagi melihat keindahan semulajadi yang ada di sana. Antara gua yang dilawati adalah Gua Angin, Gua Air Jernih, Gua Lang dan Gua Rusa.

Program ini juga merupakan program pertama yang membawa Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia menjejakkan kaki ke Taman Negara Mulu. Majlis Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Minoriti selaku wakil Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN, Haji Kamarulzaman Hassan Mansor.

Beliau begitu kagum dengan melihat semangat serta kebolehan yang ditunjukkan oleh warga OKU dalam menyahut cabaran pada kali ini serta menjadikan cabaran ini sebagai satu cara membentuk jati diri dan integriti di kalangan OKU.

Wednesday, 6 July 2011

KBS Sasar Tiga Bulan Untuk Dapat Pensijilan 5S



PUTRAJAYA,  6 Julai 2011–Warga Kementerian Belia dan Sukan  ( KBS ) mempunyai tempoh kira-kira tiga bulan untuk membolehken kementerian ini memperoleh Pensijilan Amalan Berkualiti S5 sebagaimana yang ditegaskan Timbalan Ketua Setiausaha ( Antarabangsa dan Pengurusan ) Datuk Jamil Salleh ketika mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan Amalan Berkualiti 5S di sini.

Katanya, warga KBS tidak ada alasan lagi untuk mlengah-lengah atau enggan mengambil bahagian kerana ia melibatkan semua pihak dan meliputi semua bahagian.

“ Kita meletakkan sasaran tiga bulan selepas tarikh pelancarannya yang akan dibuat dalam masa terdekat dan kita tidak ada alasan lagi untuk tidak berusaha bagi mencapai pensijilan ini. Kita juga tidak harus lagi membuang masa sebaliknya semua orang perlu serius dan memberikan kerjasama sepenuhnya ,” ujarnya.

Pada mesyuarat ini juga, semua Setiausaha Bahagian  bersetuju dengan pemilihan “ 5S Transformasi Kecermelangan”  sebagai slogan Amalan 5S di kementerian ini.

Jawatankuasa Kecil Latihan dan Promosi akan mengadakan taklimat ke semua bahagian secara berperingkat-peringkat bagi membolehkan warga KBS memahami kaedah pelaksanaannya.

Pada mesyuarat ini, semua Setiausaha Bahagian di lantik sebagai fasilitator manakala ketua-ketua zon akan ditentukan oleh ketua masing-masing.

Peserta Program Sangkutan IPT Luar Negara di KBS Diminta Cadang Penambahbaikan



6 Julai, Putrajaya –  “Bekerja di agensi awam khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) amat menyeronokkan. Pelajar berpeluang untuk terlibat dalam pelbagai program belia dan sukan di peringkat  kebangsaan dan antarabangsa” kata Y.Bhg Datuk Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS  semasa Majlis penyampaian Sijil penempatan Program Sangkutan pelajar IPT Luar Negara di KBS hari ini.

KBS merupakan kementerian perintis bagi melaksanakan program ini sebelum diperluaskan ke kementerian lain dan juga GLC.  Seramai 18 Pelajar Malaysia di United Kingdom terlibat dalam program ini yang bermula 4  Julai hingga 26 Ogos 2011.

Para pelajar akan ditempatkan di bahagian-bahagian serta agensi di bawah KBS, di bawah seliaan Pegawai gred 48 ke atas yang dikenali sebagai Penyelia Pelatih.  Setiap pelatih dikehendaki menyediakan kertas cadangan mengenai penambahbaikan agensi di mana mereka ditempatkan.

Semasa Majlis Penyampaian Sijil Penempatan, pelatih telah diperkenalkan kepada Y.Bhg Datuk Jamil Salleh serta Penyelia  Pelatih masing-masing yang telah disenaraikan. Sesi orientasi telah pun bermula pada 4 dan 5  Julai yang lalu iaitu lawatan sambil belajar ke agensi-agensi di bawah KBS.

Program ini adalah kerjasama Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Bahagian Sumber Manusia dan Pembangunan Rakan Muda.  Kementerian Belia  dan Sukan mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada semua pelajar IPT Luar Negara yang terlibat  dalam program perintis ini.

Monday, 4 July 2011

Youth Invited to Join Muda Rela Squad


PUTRAJAYA, 4 Julai 2011: Kira-kira 700 belia akan menjalani latihan asas Skuad Muda RELA di lima buah Pusat Latihan RELA di seluruh negara Julai ini.


Kursus yang menekankan modul seperti latihan menembak, pembinaan sahsiah diri, kesukarelawanan, kawat, teknik tangkapan serta pengurusan operasi Tegas dikendalikan dengan kerjasama Bahagian Latihan Ibu Pejabat, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia  (RELA)


Menurut jurucakap Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), latihan selama seminggu akan diadakan secara serentak di seluruh negara bagi membolehkan lebih ramai peserta dapat mengikuti kursus ini.


Beliau berkata golongan belia dipelawa untuk menganggotai RELA dan seterusnya mengikuti kursus yang ditawarkan itu.


Sementrara itu, belia yang berumur 15 tahun dan ke atas serta sihat tubuh badan boleh menghubungi mana-mana Pejabat Belia dan Sukan yang berhampiran atau boleh memuat turun borang penyertaan dari laman sesawang  KBS  di www.kbs.gov.my.

Friday, 1 July 2011

KBS dipilih sebagai sumber kajian kes Kursus Advance Leadership



Putrajaya, 1 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dipilih untuk menjadi  lokasi lawatan sambil belajar  Kursus Advance Leadership dari INTAN.  Seramai 12 orang peserta kursus telah turut serta dalam lawatan tersebut.

Sesi perkongsian ilmu itu telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk Jamil Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sesi tersebut telah dimulakan dengan taklimat ringkat berkaitan KBS oleh Unit Komunikasi Korporat dan disusuli dengan sesi perkenalan seterusnya sesi percambahan ilmu serta dialog ringkas antara peserta kursus dengan Y.Bhg Dato’ Jamil  Salleh berkaitan Kementerian Belia dan Sukan khususnya Sambutan Himpunan Sejuta Belia 2011  yang lalu.

Sesi perkongsian ilmu itu diteruskan dengan  pengkhususan berkaitan Jabatan Belia dan Sukan Negara yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Zaidon b. Haji Asmuni, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS.

Lawatan sambil Belajar dalam Kursus Advance Leadership tersebut merupakan salah satu  modul dalam melayakkan peserta-peserta untuk dinaikkan pangkat kepada JUSA. Kementerian Belia dan Sukan mengucapkan selamat  maju jaya kepada para peserta kursus tersebut.